Monday 30 December 2013

Mas Ermieyati seru Puteri dan anak muda agar tidak sertai Himpunan Gulingkan Kerajaan



Berhubung dengan tindakan segelintir NGO yang cuba menganjurkan perhimpunan haram pada 31 Disember  ini, Mas Ermieyati Binti Samsudin, Ketua Puteri UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah membantah sekeras-kerasnya tindakan tersebut. 

"Kita faham walaupun ianya dibuat kerana membantah atas kenaikan harga barang, tarif elektrik serta tol tetapi perhimpunan ini boleh menyebabkan keadaan huru hara", katanya. 

"Banyak kaedah, cara serta saluran lain yang boleh digunakan untuk menyampaikan suara mereka bukan dengan cara ini", katanya lagi.

Selaku ketua Puteri UMNO Malaysia beliau berharap serta merayu supaya ahli Puteri dan anak muda di luar sana serta mereka yang bercadang untuk menyertai perhimpunan tersebut agar tidak berbuat demikian. 

Beliau juga khuatir ada pihak yang cuba mngambil kesempatan di atas kesempitan yang dialami oleh rakyat yang akhirnya akan merugikan dan menyusahkan diri mereka sendiri.

"Saya mendoakan serta berharap agar tahun 2014 ini memberikan lebih kebaikan dan kecermerlangan kepada rakyat Malaysia dari segi ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat tambahan pula tahun ini Tahun Melawat Malaysia, mari kita semua mulakan dengan sesuatu yang lebih baik untuk tahun 2014" ujar beliau.




No comments:

Post a Comment